Assalamualaikum,
Nama saya Aleeya Qistina Dania
Saya melibatkan diri dalam Persatuan Pandu Puteri Tunas Malaysia.,
Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di negara kita. Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.
Ini baju lengkap dan lambang Pandu Puteri Tunas Malaysia.
Ini lambang Pandu Puteri Tunas..
Ini baju Pandu Puteri Tunas,saya memakainya semasa perjumpaan...
Ini Lencana negara ia dipakai di sebelah kanan dada...
Ini woggle Pandu Puteri Tunas yang dipakai dengan scarf...
Ini skaf sayamemakainya dengan woggle...
Ini dipakai di dua-dua belah bawah bahu...
Ini lencana Pandu puteri...
Itu saja dari saya
terima kasih...